#Post Title #Post Title #Post Title
03 May 2011

Simple Math

ROMANCE MATHEMATICS

Smart man + smart woman = romance
Smart man + dumb woman = affair
Dumb man + smart woman = marriage
Dumb man + dumb woman = pregnancy



OFFICE ARITHMETIC

Smart boss + smart employee = profit
Smart boss + dumb employee = production
Dumb boss + smart employee = promotion
Dumb boss + dumb employee = overtime



SHOPPING MATH

A man will pay $2 for a $1 item he needs.
A woman will pay $1 for a $2 item that she doesn't need.

[ Read More ]

Doa Mempercepatkan Jodoh~

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku..
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah...
Ya tuhanku yang Maha Mengasihi..
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ke tepian yang sejahtera dan abadi..
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku...
Bawalah dia jauh dari pandanganku...
Luputkanlah dia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Menolak bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja yang merah...
Agarku sentiasa tenang...
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdir-MU...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...
Sesungguhnya Engkau maha mengetahui...
Segala yang terbaik buat hamba-MU ini...

Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaanku...
Di dunia dan akhirat...
Dengarkanlah rintihan dari hamba-MU yang daif ini...
Janganlah Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini walaupun akhirat...
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat...
Dan peliharalah kami dari azab api Neraka...

Amin...amin...Ya rabbal alamin...
[ Read More ]

Apa Itu Tariqat??


 (Wa in la wis taqa mu ala tariqati la as qaina humma an ghadaqa)
Wallahu alam.

       Berdasarkan ayat Quran di atas, tariqat itu ertinya jalan, jalan yang benar. Jalan petunjuk dalam melakukan sesuatu ibadat sesuai dengan ajaran yang ditentukan dan dicontohkan oleh Rasulullah (saw) dan dikerjakan oleh para sahabat dan tabi’in, turun-temurun sampai kepada guru-guru, sambung-menyambung dan rantai-berantai. Syariat itu merupakan peraturan, tariqat itu merupakan pelaksanaan, haqiqat itu merupakan keadaan, dan ma’rifat itu adalah tujuan yang terakhir. Dengan lain perkataan, sunnah harus dilakukan dengan tariqat, tidak cukup hanya keterangan daripada Nabi (saw) saja. Yang melihat perbuatan baginda (saw) itu adalah para sahabat, yang menceritakan kembali kepada murid-muridnya, iaitu tabi’in, yang menceritakan pula kepada pengikutnya, iaitu tabi-tabi’in dan selanjutnya sebagaimana yang dituliskan dalam Hadis dan kitab-kitab ulama.

       Imam Malik (ra) mengatakan bahawa barangsiapa mempelajari fiqh saja dan tidak mempelajari tasawuf, maka dia fasik; dan barangsiapa mempelajari tasawuf saja dengan tidak mengenal fiqh, maka dia zindiq. Dan barangsiapa mempelajari serta mengamalkan kedua-keduanya, maka ia itulah mutahaqqiq, iaitu ahli haqiqat yang sebenarnya.

Tariqat itu merupakan bahagian terpenting daripada pelaksanaan tasawuf atau juga dikenali sebagai tazkiyat al-nafs. Mempelajari tasawuf dengan tidak mengetahui dan melakukan tariqat merupakan suatu usaha yang hampa. Dalam ajaran tasawuf diterangkan bahawa syariat itu peraturan, tariqatlah yang merupakan perbuatan untuk melaksanakan syariat itu. Tariqat merupakan azimah (dorongan) kepada syariat. Dalam perkataan yang lain, tariqat memberi kekuatan kepada sesorang melakukan syariat. Apabila syariat dan tariqat ini sudah dapat dikuasai, maka lahirlah haqiqat yang tidak lain daripada perbaikan keadaan atau ehwal. Tujuan terakhir ialah ma’rifat iaitu mengenai dan mencintai Tuhan dengan sebaik-baiknya.
Sheikh Nazim (qs) memberi kiasan yang cantik untuk menerangkan kedudukkan syariat, tariqat, haqiqat dan ma’rifat. Beliau berkata, “Syariat ialah lautan dan tariqat ialah kapal (nakhoda kapal merupakan sheikh tariqat). Apabila kita menaiki kapal dalam pelayaran di atas lautan, kita akan sampai ke pantai – Pantai Kebenaran, Pantai Haqiqat. Tanpa lautan kapal tidak boleh belayar. Apa ertinya kapal tanpa lautan? Kalian mahu memikulnya? Sekiranya kalian hendak berenang, kalian akan tenggelam. Berenang tidak sesuai untuk menyeberangi lautan yang begitu besar. Kalian hendak berenang dan tenggelam atau mahu naik kapal dan sampai ke tempat yang ditujui? Naiklah kapal kalau sudi.

       Jadi syariat dan tariqat itu tidak lain daripada mewujudkan perlaksanaan ibadat dan amal, sedang haqiqat itu memperlihatkan ehwal dan rahsia tujuannya, dan apabila rahsia ini sudah kita kenal, maka kita perolehi ma’rifat, kenal dengan sebenarnya Penciptanya – Allah.

      Allah berfirman, “Katakanlah, seandainya mereka perpegang kepada jalan yang benar, Kami akan beri mereka minuman air yang jernih yang berlimpahan.” Surah 72:16
[ Read More ]

SAJA JE NAK BERLAWAK~

        Korang mesti pernah dengar kan cerita dongeng pasal kapak seorang pencari kayu yang terjatuh kedalam tasik, lalu ditawarkan kapak gangsa, perak dan emas; serta kapak miliknya sendiri oleh pari-pari tasik...?? Ini kisah lanjutannya....

       Selang beberapa tahun,si pencari kayu dan isteri berjalan di tepi sungai menuju ke pekan. Si isteri tersadung kaki pada batu lalu terjatuh kedalam sungai tidak timbul-timbul. Maka meratap menangis si pencari  kayu atas kehilangan isteri tercinta.
     
       Pari-pari muncul lagi lalu bertanya akan hal keadaan yang  menimpa si pencari  kayu. Dengan nada sedih beliau berkata,
      "Isteri hamba jatuh ke dalam sungai tidak timbul-timbul...".Dengan segera pari-pari turun ke dalam sungai kembali  bersam-samanya Siti Nurhaliza.
      "Ini isteri tuan hamba?,"tanya pari-pari menduga.
      "Yes..yes",jawab si pencari kayu.  Pari-pari begitu marah,
      "Penipu, pembohonggg...., nah terima baaa...", belum sempat pari-pari habis menyumpah, si pencari kayu  berkata,
     "Maafkan hamba! Bukan niat hamba berbuat demikian.  Ini hanya salah faham".
     "Jikalau hamba berkata 'TIDAK', tentu tuan hamba akan muncul dengan Maya Karin dan selepas itu Normala Shamsuddin. Akhirnya jikalau tuan hamba muncul bersama isteri hamba dan hamba kata 'YA" tentu tuan  hamba akan  memberi ke empat-empat mereka kepada hamba sedangkan hamba cuma seorang pencari kayu yang miskin.Sebab itulah hamba kata 'YA'!!!".terang si  pencari  kayu ikhlas.

Sekian adanyaTAMMAT
[ Read More ]
02 May 2011

The correct answers

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih² lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon).

 1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
 Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

 2. Soalan: haloo, siapa disana?
 Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

 3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
 Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

 4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
 Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

 5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
 Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

 7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
 Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye... time kacih.

 8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
 Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

 9. Soalan: halloo... ...
 Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

 10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
 Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

 11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
 Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

 12. Soalan: assalammualaikum...
 Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
 jawab)
 
[ Read More ]