#Post Title #Post Title #Post Title
13 March 2010

Berita Harian Online | Nikah bawah umur cabul hak anak majukan diri

Berita Harian Online | Nikah bawah umur cabul hak anak majukan diriWali tidak laksana amanah untuk mendidik, ketepikan peluang remaja jadi insan cemerlang

APABILA diminta menulis isu perkahwinan remaja bawah umur yang hangat diperkatakan minggu ini, penulis bertanya kepada diri – dari sudut pandang mana harus dikupas isu ini agar dapat ia diperhalusi dan membuahkan satu kesimpulan yang rasional dan mantap?

Secara spontan, emosi keibuan penulis merintih kesedihan membaca laporan akhbar mengenai perkahwinan remaja berusia 11 tahun yang dikahwinkan bapanya dengan lelaki berumur 41 tahun. Apakah sebenarnya motif dan alasan yang mendorong seorang bapa bersetuju mengahwinkan anak yang masih kecil itu kepada lelaki asing yang dikatakan baru saja dikenalinya?

Bagaimanakah pula perasaan si ibu melepaskan anak gadisnya mengikut ‘suami’ yang 30 tahun lebih tua dan sudah beristeri pula? Tindakan ibu bapa remaja itu membuat laporan polis dan permohonan mufarakah untuk membatalkan perkahwinan itu memberikan gambaran kekesalan yang menghantui mereka. Namun, bagaimanakah kesudahan nasib si anak malang itu?

Minda waras tidak dapat tidak, pasti bertanya – “apa sudah jadi dengan masyarakat kita hari ini?” Kurang adil untuk masyarakat membuat spekulasi dan tanggapan negatif terhadap keluarga terbabit.

Biarlah saluran perundangan yang sudah mempunyai ketetapan khusus mengenai aspek ini digunakan sepenuhnya demi mendapatkan keadilan bagi remaja yang menjadi amanah ibu bapa mereka. Banyak ulasan dan kupasan mengenai aspek perundangan berkaitan isu ini dibincangkan dan saya tidak berhajat menghurai dari sudut pandang yang sama.
Isu pokok dalam perkara ini adalah kesejahteraan dan kebajikan remaja perempuan di bawah usia 16 tahun. Secara umumnya, ibu bapa serta penjaga bertanggungjawab memastikan remaja ini diberikan sepenuh peluang untuk mencapai potensi diri semaksimum mungkin dan dididik agar mampu menjadi insan yang cemerlang.

Namun hakikatnya, remaja perempuan pada peringkat usia ini begitu terdedah kepada eksploitasi dan penganiayaan. Dalam konteks global, banyak isu yang menyelubungi kehidupan remaja perempuan atau girl child terutama di negara yang masih membangun. Penganiayaan dan pencerobohan terhadap hak asasi mereka berlaku melalui perkahwinan paksa, pemerdagangan dan pelacuran, keciciran sekolah, buta huruf, buruh kanak-kanak, keganasan seksual dan sumbang mahram, kehamilan, kematian ibu ketika mengandung, pengguguran dan mutilasi alat sulit wanita menjadi isu utama yang mendapat perhatian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Perkahwinan paksa bagi remaja bawah umur dikenal pasti penyebab utama keciciran golongan ini daripada peluang pendidikan, di samping terdedah kepada komplikasi kesihatan jika mereka hamil dan melahirkan anak pada waktu usia muda.

Keputusan mengahwinkan remaja di bawah umur dibuat wali atau penjaga yang diharapkan melindungi gadis daripada penganiayaan. Malang sekali jika wali menggunakan alasan berunsurkan ekonomi atau disandarkan kepada ajaran agama yang dikatakan menggalakkan tradisi itu.

Lebih malang jika perkara ini dijadikan amalan khusus untuk membuktikan kesetiaan si bapa kepada ‘tuan guru’ atau ketua pemimpin kelompok yang diikutinya. Ibu dan remaja bawah umur itu pula tidak berani membantah keputusan si bapa yang merupakan wali mujbir, lantaran bimbang dianggap tidak taat dan patuh.

Tidak hairanlah jika kedengaran suara lantang di kalangan aktivis hak asasi wanita yang menuntut institusi wali atau penjaga dimansuhkan. Golongan ini melihat dengan peruntukan mendapatkan keizinan wali dalam perkahwinan wanita, maka mereka tidak mem-punyai kebebasan memilih pasangan hidup. Selama itu jugalah, wanita menghadapi kemungkinan dipaksa walinya untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya atau dihalang dari mengahwini lelaki dicintainya!
Apa yang penting, sejauh manakah wali menyedari peranan dan tanggungjawab mereka dalam melindungi dan membela masa depan wanita yang berada dalam tanggungan mereka? Penyataan mengenai konsep qawwama seperti ditulis dalam Surah An-Nisa ayat ke-34 mesti diperhalusi dan diperjelaskan.

Mafhumnya: “Lelaki ialah qawwama (pelindung, penjaga, pembela dan pemelihara) bagi wanita kerana Allah SWT melebihkan sebahagian mereka atas sebahagian yang lain dan kerana mereka memberikan nafkah dan hartanya”.

Kelebihan yang dimaksudkan, bukan keistimewaan dan kekuasaan terhadap wanita, membolehkan lelaki melakukan apa saja yang dikehendaki terhadap mereka. Jelas qawwama bukan ‘sulthah’ atau kekuasaan, namun lebih kepada kewajipan menjaga kebajikan wanita yang akan dipersoalkan Allah di akhirat kelak.

Adakah itu pula menandakan wanita sentiasa lemah, tiada berupaya membuat keputusan terbaik untuk dirinya dan sentiasa perlu dipimpin dan dibimbing? Tentu sekali tidak! Ketentuan Allah menjamin keseimbangan dan keharmonian hidup bersama, saling lengkap-melengkapi.

Lelaki tidak perlu tercari-cari contoh teladan melihat bagaimana qawwama dipraktikkan. Rasulullah ialah contoh terbaik seperti dinyatakan dalam hadis yang diriwayatkan isteri Baginda Aisyah r.a: “Yang terbaik antara kamu ialah yang terbaik terhadap ahlinya (isteri dan keluarga) dan aku ialah yang terbaik terhadap ahliku.”

Dalam konteks perkahwinan remaja di bawah umur, Rasulullah mengahwini Aisyah pada usianya yang amat muda, sesetengah riwayat mengatakan usia Aisyah sekitar enam hingga tujuh tahun ketika dikahwinkan ayahnya Saidina Abu Bakar kepada Rasulullah.

Aisyah dibawa tinggal bersama Rasul selepas berusia sembilan tahun dan menjadi balu pada berusia 18 tahun. Namun sehingga kini, nama Saidatina Aisyah harum sebagai cendekiawan Islam yang cerdas pintar dan hebat, hasil didikan dan bimbingan suaminya, Muhammad.

Alangkah bahagianya hidup setiap remaja perempuan dan wanita di dunia ini jika semua lelaki benar-benar menghayati teladan yang ditonjolkan Rasulullah dan mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.

Penulis adalah Naib Presiden Jemaah Islah Malaysia (JIM), Profesor Madya dan Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

[ Read More ]
10 March 2010

org kaya = bongkak??

one day, saya n kwn jln2 then kami rehat kt satu tmpt nh
kt tmpt tu ade 2 old men (around 50) and a women. they look gorgeous,rich ppl perhaps..
then suddenly one of the men(consider as mr.s) tegur kami. he ask somethng bout us,where we r come from, y we r ere and other simple questions..its a good first question when u first meet a foreigner but ape yg menjadikan my first impression towards him is, the way he communicate or his social skill.
well, mr.s xdela nk katakan bongkak sgt.klu betul die bongkak, he will never ever tegur kami!in this case, die juz x tau cmne nk fit kan perbualan dlm kepelbagaian level of ppl. 4 a student level, he should start a topic with a humble talking,not by showing your greedness to win a debate between an experienced consultant with a foundation students!
well, i noe he wanna test our life principle and he wanna see our opinion to some issues in malaysia but i am not interested to give my opinion to such guy.
so, from that day, i learnt dat to start a topic or to socialize with others, first u ve to attract them and let them believe that you are sekepala with them...
[ Read More ]

untuk siapakah blog ini?

hmm...x byk update yg saya dh buat, bukan x byk idea tp malas and x tau nk sampaikan ilmu aq ni cmne...sometimes rasa mcm saya ni x sesuai tok create or own a blog. so, sape yg layak tok create or own a blog?? ntahla.. my dad ada tanye, "nape ko nk wat blog gak? blog tu tok wartawan je or writer, u r neither nas".
[ Read More ]
22 February 2010

nikah awal...berbaloikah??

bile ada anak2 kite (anak kite? aku x kawen lg..hik3) yg ckp die nk kawen awl and time tu lak they still studying, mak bpk kompem akn melatah giler2 punyer,,,,kenape ini berlaku...??o,0
mari kita lihat persepsi parent @ msyrkt trhdp konsep nikah....
sblm anda lihat persepsi msyrkt trhdp konsep nikah...anda lihat persepsi anda sndr...
im very sure dgn persepsi anda trhdp nikah nh mesti kene duduk serumah, sudah ada kerja dan mesti ada anak....jika slh satu drpd 3 tu x complete, anda rasa perkahwinan itu x akan berkekalan...kan3??
hmmm...itu la yg saya nk kongsi pndpt saya ttg hal nie...pd mula2 nyer...my mentality was juz like u all but then i realize that we cant use this concept nowadays...
lagi2 zmn yg penoh dugaan maksiat nh...
bg saya konsep nikah ini adlh utk membina sebuah keluarga islam sekaligus utk menghasilkan rmi lg zuriat muslim yg akn meneruskan syiar islam,merapatkan hubungan antara sesebuah keluarga ngn keluarga yg laen dan akhir skali utk menghalalkan hubungan antara 2 or g yg berkasih ( male & female la of course)
here..i juz wana stress on the third couses which is to menghalalkan hubungn 2 org yg berkasih...
well...nowadays ramai yg mula jumpe cinta depa time blaja..berbanding ngn org dulu..percentage nk jumpe cinta time blaja lbh rendah dr skrg nh..
klu zmn dlu ,most of them mula knl cinta sbb direcommendedkan oleh sedare mara depa sndr
and depa pun terus direct set into their mind tok jadikan that girl or boy as their future pouse.
terbalik pula dgn new generation nowadays, some of them x berniat pun nk p cri pakwe or makwe but the love itself instilled into their heart n they cannot ignore that nor throw away because the feeling of love juz allah jer yg bley wujudkan, but we as human juz can make it bigger or smaller.setuju tak?
once one fall in love, it is hard to make them pretend to ignore it.
so time2 blaja tu la gak they ve to fight for their love, ditambah lak ngn tentangn from family
waduh....malang sungguh nasib pasangan tuh...di sini, bolehkah kita slhkan org yg tlh jatuh cinta tuh? tentulah tidak boleh krn hanya allah sje yg dpt menghilangkan dan mewujudkan perasaan cinta.
dlm hal nie..sbg ibu bapa, kita harus bantu anak2 kita menghadapi dugaan maksiat ni..
saya faham mak bapak tentu risau akan mslh yg akan ank mereka hadapi di alam perkahwinan awal mereka due to the lack of money. dan mak bapak juga risau akan pembelajaran ank mereka terganggu.
masalah ini dpt diatasi dgn melangsungkan nikah khitbah
berkhitbah ialah satu perkara yg biasa dilakukan org2 di timur tgh sane...
terutamanyer pelajar2 yg melakukan khitbah ini.
khitbah same spt nikah normal cume mereka x perlu tggl bersama. tidakkah ini indah dlm islam?
ibu bapa tidak perlu lg risau akan nak perempuan mereka jika mereka mengandung ketika masih berkuliah, dan tidak perlu lg ibu bapak pengantin lelaki utk risau jika anak mereka msh belum bekerja.
dr segi hubungan antara pasangan pula, mereka tidak lg terbelenggu dlmdosa mereka sendiri, serta tidak lg perlu mencari seribu alasan utk menipu ibu bpk perihal hubungan atau dating mereka.
mereka bebas utk bergaul tanpa rase takut. sekaligus tidak mengganggu konsetrasi pelajaran mereka. sblm ini, mereka tidak focus dlm pelajarn selagi mereka msih merasa takut utk kehilangn pasangan masing2 serta sibuk mencari jln utk mereka meneruskan perhubungan mereka...
jd fikir2 kanlah...
tidak saya bermaksud utk mamberi galakn kpd pelajar terutamanya ipta n ipts utk meneruskan perhubungan n bernikah d awal umur, anda perlu berfikir dhulu utk segala tindakan. dan juga saya tidak bermaksud utk menggalakkan pernikahan di bawah umur...
[ Read More ]
21 February 2010

why muslims should face kaaba??

sesetengah org hanya pndg fizikal kpd sesuatu..begitu juga ngn mecca. sstgh org mempersoalkn nape tnh suci adlh kt mecca n y not at somewhere greeny or cold??

that is y u need to see this video...the relation between number 1618(not year) with kaaba location, our body, and quran verses

[ Read More ]