01 May 2010

dakwah bukan lagi seperti dulu

isu paderi gereja katolik fidofilia semakin mendapat perhatian umum, mmgla kita sebagai org islam tidak menganggap isu ini serius di mata kita.mungkin sebahagian kita yg semakin bersyukur apabila nama baik agama katolik ini tercemar lantas membuka peluang utk org islam menarik yg bukan islam ke dalam agama islam.
tidak bagi saya, isu ini sgt serius di mata saya, hal ini kerana isu ini bukan sahaja merosakkan nama kristian katolik tetapi juga merosakkan nama semua agama semitism di dunia iaitu islam, kristian dan judaism. zaman sekarang ni, ramai yg tidak beragama atau kata lainnye atheism. sebagaimana arus beragama berubah begitu juga arus berdakwah juga perlu berubah.
target kita bukan lagi kpd org yg bukan islam tetapi target kita mesti meluas iaitu meliputi org yg tidak beragama. cara berhujah kita juga perlu berubah, jika dulu kita menggunakan kelemahan kitab mereka utk menewaskan pihak lawan, tetapi skrg kita perlu lebih umum utk melawan pendirian atheism ini.dalam hal ini juga kita sbg org islam perlu tahu ttg agama semitism yg lain supaya mereka beragama.
saya tidak mengatakan utk kita org islam menyokong mereke yg atheism utk memilih agama lain selain islam, tetapi buat masa skrg, kita mengajak mereka utk beragama serta mempunyai pegangan dlm hidup mereka. yg plg saya takuti adalah apabila mereka yg tidak percayakan tuhan ini sudah mula terlalu memesong lalu menjadi satanism, menyertai freemason serta melanggar prinsip fitrah manusia-menganggap manusia atau syaitan itu tuhan.