26 July 2011

Mystery Messages 0,0

KUALA LUMPUR - My best friend call me at 11.46pm kerana berasa pelik kenapa lain yang dia tanya (via mesaage) lain yang aku jawab. Belum cukup pelik lagi actually, sbb biasalah lain soal lain jawab nye kan, masalahnya msg yang dia dpt adalah msg yang pernah aku bagi kat dia 3 minggu lepas. Yang lagi pelik nyer, sudah dua kali aku hantar msg yang sama (which berpenat lelah aku taip menjela, siap ada toyol kuning lagi aku letak) tp dia masih mendapat msg lama tersebut. Dan makin pelik lagi, msg lama tersebut sudah lama aku buang! Persoalannya, mana datangnya msg misteri itu??! Kes ini merupakan kes pertama aku dan dia, kami sama2 bengong (pada mulanya) “ha, apa ko ckp ni?” Jadi, aku membuat keputusan ini semua salah syarikat telekomunikasi prepaid kami kerana telah menyelewengkan maklumat antara dua pihak dan penyebab kawan aku terpaksa menghabiskan kredit beliau telefon aku untuk bertanyakan hal tersebut. Konklusinya, jangan cepat percaya dgn apa yang anda dpt dalam inbox anda, telefon org tersebut atau jumpa in person utk mengelakkan salah faham. Kedua, agak2 henset dah lama pakai plus selalu loading je...tukar la (hehe dgr tu ayah, pinjam la skit duit)