Akhirnya, setelah kemasukan Rothschild ke Malaysia sekitar tahun 2006, kini giliran Goldman Sachs (GS) pula menapak di Malaysia. Ketibaan gangster ekonomi ini adalah kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri Malaysia yang mana telah memberi kebenaran kepada agen Rothschild ini yakni Goldman Sachs Bank bagi membuka pejabatnya di Kuala Lumpur.
Nescaya, dengan bertapaknya pejabat ini akan memberi spekulasi ekonomi yang agak kritikal kepada pelabur tempatan. Di kala kita didendangkan yang negara bakal menanggung hutang sejumlah RM 1 trilion dalam masa 9 tahun ini dan mungkin diistiharkan muflis, tertanya pula apakah rasionalnya kedatangan Goldman Sachs ini ke Malaysia.
Ternyata pengaruh Goldman Sachs ini amat kuat sehinggakan ianya mampu menghancurkan ekonomi Greece baru-baru ini. Di Amerika, Goldman Sachs juga amat berpengaruh dalam membuat keputusan-keputusan ekonomi peringkat kerajaan sehinggakan mampu membuatkan pelabur dan bank-bank tempatan mengikut telunjuk mereka.
Walaupun Kerajaan Malaysia hanya membenarkan Goldman Sachs menguruskan institusi kewangan (yang berkaitan Malaysia) di luar negara, namun, jangan kita terlepas pandang permainan licik Goldman Sachs yang mana buktinya telah kita lihat di rata-rata dunia. Sedangkan Lehman Brothers pun terpaksa mengikut telunjuk Godman Sachs, apatah lagi ekonomi di Malaysia.
Sedang Suruhanjaya Sekuriti Amerika (SEC) membuat pertuduhan kepada Goldman Sachs Group yang tidak lain menyatakan bahawa mereka telah menipu sebahagian besar pelabur-pelabur Amerika dengan nilai USD 1 Bilion, lain pula terjadi kepada kita dimana Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tetap meneruskan lesen kebenaran kepada Goldman Sachs di Malaysia.
Goldman Sachs Sebagai Gangster Dunia
Goldman Sachs adalah kuasa besar ekonomi Amerika dan mereka juga adalah penyebab kepada kejatuhan ekonomi Amerika pada September 2008 yang lalu. Antara lain, kejatuhan ekonomi tersebut bermula dengan kejatuhan Lehman Brothers walhal syarikat itu dikatakan gergasi ekonomi dunia. Pada masa itu, Lloyd Blankfein iaitu CEO Goldman Sachs telah mengarahkan Lehmans Brothers memindahkan dana sejumlah USD5 bilion yangn diperoleh dari Kerajaan Amerika kepada Kementerian Pertahanan Israel.
Goldman Sachs juga disyaki dalam penajaan perang antara Israel dan Palestin pada tahun 2008 yang lalu, ini dikukuhkan lagi oleh teori konspirasi-konspirasi barat seperti Texe Marrs, Dacid Icke, Alex Jone dan Jeff Rinse yang antara lain menyokong kenyataan tersebut.
Goldman Sachs di Malaysia
Ia bermula dengan pembukaan pejabat Rothschild di Singapura dengan nama NM Rothschild & Son. Kemudian pada sekitar tahun 2005, NM Rothschild & Sons telah membuka cawangannya di Malaysia dengan melantik seorang rakyat Malaysia iaitu Pn. Rosnah Omar sebagai pengarah urusannya. Apa yang dilihat adalah, mereka menggunakan wakil Malaysia sebagai pengarah urusan dengan harapan ianya dapat meyakinkan pelabur dan Kerajaan terhadap kemasukan gangster-gangster tersebut. Taktiknya cukup bijak.
Kemudian, kesinambungan dari pengumuman Perdana Menteri, Goldman Sachs Bank, di bawah agen Rothschild berjaya membuka pejabatnya di Kuala Lumpur buat pertama kali.
Implikasi
Melihat kemenangan Barack Obama menjadi Presiden Amerika Syarikat, jangan dilupa bahawa terdapat beberapa individu paling berpengaruh di belakangnya. Individu yang bertanggungjawab memastikan kemenangan Obama adalah Lloyd C. Blankfein (Goldman Sachs), Kenneth Chenault (American Express Group), Kenneth Lewis (Bank of America) dan Ed Yingling (Presiden Persatuan Bank-Bank Amerika). Mereka ini bertanggungjawab melobi kemenangan Obama dan akhirnya Presiden itu terpaksa mengikut plan ekonomi yang dirancangkan oleh mereka.
Kehadian Goldman Sachs akan membawa impak besar kepada negara, melihat akan latar belakang sejarah mereka yang beberapa kali “berjaya” menumbangkan ekonomi sesebuah negara, tidak hairanlah jika ianya mampu memberi kesan kepada negara kita. Sifirnya senang saja, mereka ibarat “makan dalam”. Secara perlahan mereka masuk menjajah ekonomi negara kita.
Tambahan pula, peranan mereka akan terlihat apabila diadakan proses pilihanraya, mereka boleh lakukan apa saja dan sama sahaja seperti yang mereka lakukan ke atas Barack Obama, kita lihat satu hari nanti apabila tiba masa mereka berkuasa dan bila permintaan mereka tidak ditunaikan, maka mereka akan menghuruharakan ekonomi kita.
Apa yang dilihat sebelum ini, sejarah dari negara-negara yang menjadi mainan mereka ialah dimana mereka akan menggunakan apa jua cara termasuk melalui saluran pilihanraya sebagai pintu masuk dan menawan menteri-menteri ini. Contohnya apa yang terjadi di Mexico pada tahun 2008, yang mana Goldman Sach berjaya menguasai bank-bank tempatan melalui Menteri Kewangan yang juga kroninya. Hasilnya, Mexico dilanda krisis kewangan yang teruk dan memaksa rakyat keluar berdemonstrasi menentang pentadbiran kerajaan mereka.
Tak mustahil juga perkara sama akan terjadi di Malaysia, memandangkan Malaysia juga akan berhadapan dengan kegawatan ekonomi berganda yang dijangka tidak lama lagi, maka perhatian khusus haruslah diberikan. Peranan pakar-pakar ekonomi juga diharapkan agar dapat memberi hebahan dan hasil kajian kepada umum dan tidak terhad kepada pelajar di universiti sahaja. Bukan apa, rasanya semua pihak perlu mengetahui akan hal ini, akan kesan ini.
p/s : Cawangan pejabat organisasi Rothschild di Malaysia sudah lama di daftarkan di alamat berikut;
Tingkat 29, Menara UBN, Jalan P.Ramlee, 50250 Kuala Lumpur. (No. Tel: 03-2687 0966)
Post a Comment