PEMANDU teksi, Ahmed Sharif (kanan), menunjukkan pada sidang akhbar di New York kelmarin luka dialaminya akibat ditikam penumpangnya, semata-mata kerana beliau seorang Muslim.
NEW YORK: Polis New York mengadakan lebih banyak rondaan ketika Ramadan, disebabkan sentimen kebencian terhadap Muslim di bandar raya ini didapati semakin bertambah sejak tahun lalu, dengan kes terbaru seorang pemandu teksi Muslim ditikam penumpangnya. Pesuruhjaya polis, Raymond Kelly, berkata polis akan menambahkan rondaan dan lawatan ke masjid sepanjang Ramadan bagi memastikan umat Islam dapat mengerjakan ibadat dengan sempurna tanpa diganggu. Sejak 2002, jabatan ini mengeluarkan garis panduan kepada komander polis mengenai kegiatan yang berlangsung ketika bulan puasa.
“Saya sedar bahawa ia bulan suci bagi Muslim,” kata Kelly pada satu sidang akhbar yang dihadiri kira-kira 400 orang termasuk pemimpin masyarakat Islam.
“Matlamat kami agar anda dapat menunaikan ibadat dalam keadaan aman dan selamat.”
Bandar Raya New York mempunyai lebih 100 masjid, berbanding dengan 10 pada 1970 dan 10 peratus daripada 8.21 juta penduduknya adalah Muslim, kata Philip Banks III, Ketua Biro Hal-Ehwal Masyarakat Jabatan Polis.
Polis akan mengarahkan kereta peronda ke masjid dan kawasan berhampiran, dan menempatkan unit pakaian reman bagi menghalang kejadian kecurian, kata Kelly.
Pasukan Petugas Jenayah Kebencian bandar raya akan juga melakukan lawatan ke masjid di Manhattan dan Sheepshead Bay, Brooklyn, di mana dicadangkan pembinaan masjid, kata Micheal Osgood, pegawai pasukan petugas berkenaan.
Cadangan untuk membina sebuah masjid dan pusat budaya berdekatan tapak serangan pengganas di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada 11 September, 2001 lalu dibantah oleh masyarakat tempatan di New York.
Satu tinjauan Universiti Quinnipiac yang dikeluarkan 1 Julai lalu mendapati penduduk New York membantah pada kadar nisbah 2-1, cadangan oleh Cordoba Initiative itu, kumpulan yang ingin menambahbaik perhubungan Muslim dengan masyarakat Barat.
Setakat ini sudah berlaku sembilan kejadian jenayah kebencian terhadap Muslim di New York tahun ini, berbanding dengan lima pada 2009 dan lapan pada 2008, kata Osgood, yang menggesa mereka yang hadir supaya menghubungi polis jika ada maklumat yang boleh membantu menyelesaikan kes berkenaan. – Agensi
now im afraid with this tense situation....where is the 'unity' or 'open minded' of that metropolitan city?? where is the democracy among you? where is the'peace' that u r proud about,since u claim that u r profesional in making peace for muslim's country.....